Bukan hanya satu, ini adalah pelbagai tanda sakit siplis yang perlu anda ambil perhatian. Sifilis adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Menurut Sir William Osler, antara tokoh perubatan yang tersohor pada abad ke-19, beliau menggelar penyakit ini sebagai “the great imitator” atau si peniru yang hebat. Gelaran ini diberikan kerana sifat penyakit ini yang boleh menghasillkan pelbagai simptom dan tanda yang mirip pelbagai penyakit lain. Persamaan ini sedikit sebanyak menyukarkan proses diagnosis. Namun, terdapat tanda-tanda tertentu yang dapat membantu doktor bagi membentuk diagnosisnya.

DeNature Herbs adalah platform kesihatan digital terbesar pertama lintas negara, memudahkan akses kepada ubat-ubatan herba dengan harga berpatutan melaui farmasi atas talian kami. Kami menyediakan perkhidmatan kesihatan digital termasuk Farmasi Atas Talian dan Konsultasi melalui wasap. Dengan harga terbaik, perkhidmatan yang cepat dan mudah digunakan, penjagaan kesihatan anda menjadi lebih mudah.

Sejarah Dan Beban Ppenyakit Sifilis ~ Berbeza dengan penyakit jangkitan kelamin yang lain seperti HIV dan chlamydia, penyakit ini mempunyai tahap atau bentuk penyakit yang berbeza. Oleh itu, kebanyakan statistik berkenaan dengan sifilis hanya membincangkan tentang sifilis primer dan sekunder. Di peringkat global, penyakit ini merupakan salah satu jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku, dengan anggaran sekitar 10 hingga 12 juta kes baru setiap tahun. Walaupun ia merupakan penyakit kelamin terkenal dan penting sejak awal abad ke-19, ia menjadi lebih popular apabila telah dikenal pasti mampu untuk meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan HIV.

Penyakit ini mempunyai kadar keberjangkitan yang tinggi. Dianggarkan 30% hingga 60% daripada mereka yang terdedah kepadanya akan mendapat jangkitan tersebut. Tambahan lagi, seorang individu yang terdedah kepada hanya 57 organisma Treponema pallidum sudahpun mempunyai kemungkinan setinggi 50% untuk mendapat jangkitan ini. Pada tahun 2015, insiden kes sifilis di Malaysia adalah 6% untuk setiap 100,000 populasi (6,000 orang untuk setiap 100,000 orang). Berbanding golongan heteroseksual, golongan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan lelaki (GAY) mempunyai beban penyakit sifilis yang paling tinggi. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat 52% daripada keseluruhan kes sifilis yang dicatatkan pada tahun 2017 adalah daripada kumpulan GAY.

Peringkat Dan Tanda Sakit Siplis

Sifilis Primer.  Apabila berbicara tentang sifilis, lazimnya orang akan merujuk kepada sifilis jenis ini. Dalam jenis ini, simptom yang berlaku kebanyakannya membabitkan alat kelamin dan juga akibat hubungan seks. Antara simptomnya adalah:

  1. Kewujudan ulser sekitar kemaluan. Untuk lelaki, ulser atau chancre ini boleh berada di sekeliling zakar. Dalam kalangan gay pula, ulser ini juga boleh terbentuk pada dinding dalaman dubur akibat seks anal. Untuk wanita pula, pembentukan ulser ini lazimnya berlaku di bahagian pangkal rahim serviks. Walau bagaimanapun, ia boleh juga terbentuk dibahagian vulva dan juga dalam vagina. Dalam wanita, ia lebih sukar dikesan kerana ia terbentuk di bahagian yang dalam dan tersorok. Ulser ini juga boleh terbentuk pada bahagian dalaman mulut akibat seks oral. Ulser ini mempunyai kadar keberjangkitan yang sangat tinggi kerana ia mengandungi bakteria treponema pallidum.
  2. ra-kira 7 hingga 10 hari setelah berlakunya pembentukan chancre. Ulser ini tidak mengakibatkan rasa sakit, menyebabkan penghidap itu tidak perasan kewujudannya. Ini juga menyebabkan mereka cenderung untuk memandang enteng akan kewujudan ulser tersebut dan bertindak untuk membiarkannya sembuh dengan sendiri. Biarpun anda tidak mendapatkan rawatan pada tempoh kewujudan ulser ini, ulser tersebut tetap akan hilang bila-bila masa sahaja bermula daripada minggu ke-2 hingga minggu ke-6 daripada tempoh mula ianya berlaku. Tindakan ini adalah sangat berbahaya kerana kehilangan ulser tersebut bukan bermaksud ia telah sembuh, sebaliknya, ia telah merebak ke bahagian dalaman badan dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda Sakit Siplis Sekunder
Apabila tahap primer tidak dirawat dan chancre telah hilang, penyakit ini akan bergerak ke tahap sekunder. Tahap sekunder berlaku sekitar 4 hingga 10 minggu selepas jangkitan primer. Dalam tahap ini, ia mampu untuk menzahirkan pelbagai simptom dan tanda yang lazimnya membabitkan bahagian kulit, membran mukosa dan juga limfa noda. Antara simptom dan tandanya adalah:
1.Ruam simetri pada tangan, kaki, paha dan punggung
2.Demam.
3.Sakit tekak.
4.Letih dan lesu.
5.Susut berat badan.
6.Rambut gugur.
7.Pening kepala.

Ruam-ruam yang berlaku dalam tahap ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk; rata, luas, keputihan, mirip ketuat, dan bercecair. Walaupun tidak seperti ulser dalam tahap primer, kesemua ruam-ruam ini tetap mengandungi bakteria Treponema pallidum dan sangat mudah untuk berjangkit kepada orang lain. Selain gejala di atas, manifestasi lain yang jarang berlaku untuk sifilis sekunder boleh melibatkan: Penyakit buah pinggang dan keradangan pada sendi, hati, saraf optik, uvea.

Tanda Sakit Siplis Pendam
Sifilis pendam disebut sebagai keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai simptom tetapi melalui ujian serologi, terdapat bukti masih ada lagi jangkitan dalam badan mereka. Ianya boleh dikira sebagai awal (kurang setahun daripada tempoh sifilis sekunder) atau lewat (lebih setahun daripada sifilis sekunder). Tahap ini dikatakan sebagai tahap dimana seseorang itu tidak mudah berjangkit.

Tanda Sakit Siplis Tertier
Tahap ini adalah tahap terakhir dalam jangkitan sifilis jika ianya dibiarkan tidak dirawat.Tanpa menerima sebarang rawatan, dianggarkan satu per tiga akan menghidap sifilis tahap ini. Ianya boleh berlaku sekitar 3 hingga 15 tahun selepas seseorang itu mula dijangkiti buat kali pertama. Tanda sakit siplis tertier boleh berlaku bila-bila masa sahaja bermula daripada 1 hingga 4 tahun selepas pendedahan berlaku. Ia dicirikan oleh pembentukan gumma yang kronik (sejenis ketumbuhan keradangan yang lembut dan tumbuh dalam pelbagai saiz). Ia lazimnya terbentuk di bahagian kulit, tulang dan hati namun boleh berlaku di mana-mana sahaja. Merujuk kepada keadaan di mana jangkitan ini telah membabitkan sistem saraf pusat. Antara keadaan berkaitan adalah meningitis, kelemahan keseluruhan badan ataupun tabes dorsalis. Terdapat juga satu tanda pada mata yang disebut sebagai Argyll-Robertson pupils, iaitu keadaan di mana pupil kedua-dua belah mata penghidap tidak mengecil apabila terdedah kepada cahaya. Lazimnya akan mengakibatkan komplikasi seperti keradangan otak dan jantung yang seterusnya boleh membawa maut.

Jika anda kerap melakukan seks tanpa perlindungan khususnya dengan pasangan yang ramai, atau amda adalah seorang Gay, pastikan anda mendapatkan ujian saringan berkala dan mendapatkan nasihat doktor. Perlindungan yang mencukupi dan rawatan yang tepat akan dapat mengatasi masalah penyakit jangkitan kelamin.


Bekerja dengan 5 bahan ramuan herbal yang berbeza. Memungkinkan penetrasi kedalam semua jaringan sel untuk melawan dan menekan multiplikasi bakteria treponema pucat didalam tubuh. Dalam rawatan sifilis herba beberapa bahan aktif semula jadi selalu digabungkan untuk diuji dan diproses secara klinikal menggunakan teknologi moden. Set Herba DeNature mempunyai reputasi yang sangat baik, Ini dibuktikan dengan banyaknya testimonial dan catatan klinikal pesakit dengan ujian makmal TPHA dan VDRL yang negatif. 
  1. 625 mg Imperata cylindrica rhizoma. Dikenal masyarakat kita dengan sebutan ilalang. Herba ini mengandungi asid sitrik, glukosa, fernerol, saponin, silidrin, alkali, dll.  Kandungan ini dapat membantu mengekalkan tubuh yang sihat. Atas sebab ini, ilalang digunakan sebagai ubat tradisional untuk gonore, keputihan, sifilis dan penyakit kelamin yang lain.
  2. Orthosiphon stamineus folium atau bunga misai kucing sebanyak 1250mg. Mengandungi sebatian seperti fenol dan asid karfenik. Berfungsi untuk membantu merawat gonorea dan sifilis. Sangat berkesan untuk melawan jangkitan genital, menyembuhkan STD, membersihkan saluran kemih dan juga mencegah masalah pundi kencing dimasa hadapan.
  3. Andrographis paniculata folium 625mg. Menurut beberapa literatur, herba sambilata ini secara tradisional digunakan untuk mengubati keradangan, sifilis, klamidia,gonorea, demam, gatal, dan pembersih darah. Herba Sambiloto digunakan untuk mencegah pembentukan keradangan, memperlancar buang air kecil, mengurangkan panas badan , ubat keputihan dan membersihkan badan dari toksik. Sains Barat juga membuktikan bahwa sambiloto berkesan untuk menekan perkembangan pelbagai virus termasuk HIV dan HPV 
  4. Alium Sativum 183mg . Merupakan pati putih yang terdapat dalam bawang putih, telah digunakan sejak 3000 tahun sebelum Kristus untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Penyelidikan dari The Journal of Nutrition menyatakan bahawa dalam banyak budaya, alium disebut sebagai sumber tenaga yang dapat meningkatkan prestasi kerja. Teks perubatan kuno dari Yunani, Rom, China dan India juga menyebut tentang penggunaan perubatan alium. Alium bahkan dijumpai disimpan di piramid dan kuil Yunani kuno. Menariknya, walaupun banyak budaya ini berkembang tanpa hubungan dengan budaya lain, kesimpulannya mengenai bawang putih sama. Mereka semua bersetuju bahawa alium berguna untuk kesihatan.
  5. 2500mg Ekstrak Lumbricus Rubellus atau Cacing Tanah. Cacing tanah mempunyai kekebalan humoral serta mekanisme selular. Ini telah dibuktikan melalui penyelidikan yang telah berjalan selama. lebih kurang 50 tahun. kajian ini juga menyebutkan bahawa cacing tanah mengandungi lebih daripada 40 protein yang bertanggungjawab untuk aktiviti biologi. Dalam hasil kajian, disebutkan juga bahawa cacing tanah mempunyai sebatian aktif yang berperan dalam melumpuhkan virus bakteria termasuk treponema pucat penyebab penyakit sifilis.
Bahaya Siplis
Tanpa rawatan, sifilis boleh merebak ke mana-mana organ dalam badan anda, termasuk otak (dipanggil neurosifilis) dan mata (dipanggil sifilis okular atau sifilis mata). Sifilis jenis ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat, sama ada primer, sekunder, terpendam atau lewat. Tanda sakit siplis yang menyerang otak adalah seperti berikut: Sakit kepala yang teruk, sukar untuk mengawal pergerakan otot dan lumpuh atau tidak dapat menggerakkan bahagian badan.

Merawat siplis secepat mungkin akan mengelakan jangkitan dan boleh menghalang kerosakan yang lebih teruk terhadap badan dan aktiviti seksual yang selamat boleh dilakukan. Sekian topik pembahasan tanda sakit siplis pagi ini, semoga boleh membantu dalam mencari rawatan sifilis terbaik. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Salam sihat DeNature 

Next
This is the most recent post.
Previous
Posting Lama
 
Top